Saturday 30 May 2015

TOBU NO TE?

KENAPA NAMA BLOG NI 'TOBU NO TE'?

 

Bila masuk blog ni mesti orang tanye, "Pokobondo nye to..to..tobek? Payoh no la nak nyebut, orang malaysia ke ape ni? (kalo ada orang jenguk la blog ni.)

  Sekarang ni aku nak cite pasal kenapa aku letak perkataan yang tak wujud kat Malaysia ni sebagai title blog aku.
Tajuk blog ni sebenarnya berasal dari perkataan jepun yang bermaksud 'tangan yang terbang'.  Tangan terbang?  Gile ke ape, tangan mane leh terbang...manusia pon takleh terbang ni kan pulak tangan je yang terbang....

    Aku adalah seorang hamba Allah yang suka buat sesuatu mengikut kemampuan aku sendiri, walaupun begitu aku cuba nak buat melebihi had kemampuan aku.  Contohnya aku bolehlah melukis dan dalam blog ni pun aku akan cerita atau post komik pendek atau komik 4 strip yang akan aku post kan setiap minggu (sekiranya tiada aral yang menghalang).  Tapi dalam masa yang sama aku nak buat lebih dari tu iaitu keluarkan komik sendiri dan sampaikan mesej yang positif kepada semua orang...

     Jadi walaupun impian aku agak mustahil tapi aku nak cuba lakukan sesuatu yang aku suka sehingga mendapat pengiktirafan dari kebanyakan orang....

     Post pertama dah membebel banyak2 macam ni... Harapnya apa yang aku tulis sekarang ni akan menjadi doa...Amiiiinn......



No comments:

Post a Comment